Saturday, November 29, 2008

Ayat² Cinta

http://www.imeem.com/aineyventure/music/KQofvyIc/rossa_ayatayat_cinta/

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
ketika ku bersujud

PEMBIAYAAN PERIBADI

Khas untuk Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun dan syarikat swasta yang mempunyai potongan biro angkasa.

pinjaman 150,000 bayaran bulanan 1xxx sahaja.

--sila hantar sms nama & alamat tempat bekerja ke : 0127246906 :

Wanita Pandai Masak? Suami Imam Perumahan?

untuk renungan bersama...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?


Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki


Mazlina bt MudaSupervisorOperation & Maintenance DivisionTingkat 2, Wisma Goshen, Plaza Pantai59200, Kuala LumpurSyarikat Bekalan Air Selangor Sdn BhdTel : 03-22895141Fax : 03-22895143

Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965


Buat julung kalinya, terbitlah sebuah buku yang memuatkan himpunan perjanjian dan dokumen lama yang penting mengenai Malaysia (dari zaman penjajahan Inggeris hingga saat pembentukan Malaysia dan pemisahan Singapura) - buku pertama seumpamanya di Malaysia dan hanya yang keempat di dunia. Bahan yang dipaparkan menunjukkan sorotan peristiwa bersejarah yang berlaku di tanah air, dari Zaman Kesultanan Melayu dan penjajahan kuasa asing hinggalah saat perjuangan menuntut kemerdekaan. Diambil daripada sumber khazanah ilmu Arkib Negara Malaysia, himpunan perjanjian dan dokumen lama ini dibentangkan dalam bentuknya yang lengkap, dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mengandungi maklumat sejarah yang berharga dan seharusnya dijadikan iktibar serta rujukan oleh segenap lapisan masyarakat.

Friday, November 28, 2008

Bertemu

Bertaut kembali...