Sehari - setelah merancang.
Semalam 25 Ogos 2007 (sabtu); bukti perancangan hidup perlu.
Balik dari dnt pukul 3 tu, saya tidak terus balik. Saya ke 7E. Nak beli pembalut hadiah. Tapi akhirnya plastik 7E dipenuhi dengan barangan lain; yang sebenarnya walaupun ia barangan perlu tetapi tidaklah segera.
Kemudian singgah Mobil untuk mengisi minyak.
Ada vitagen 3 baris untuk sepuluh ringgit. Beli.
Sampai ke destinasi, cuci apa yang patut, dan masuk tidur.
Pukul 8 pagi pula saya dalam perjalanan ke menghantar buah hati ke lokasi peperiksaan. Mujur juga ada sarapan yang dibeli daripada 7E sebelumnya.
Hantar saja saya ke bridgestone. Kereta tu perlu diseliarapi. 120. Kurang bernasib baik; Kedai buka 9 lebih. Berdekatan ada restoran - gi pekena nasi lemak. 5.
Gerimis pagi.
Pukul 11 saya dah sampai daerah hulu selangor. Kami nak ke Kajang. Siap balut hadiah, mandi, tukar baju cantik, makan nasi lemak dan tutup apa yang patut - kami pun memulakan perjalanan.
Kajang - kenduri kahwin. Makan-makan. Jumpa kawan lama. Berkumpul semua. Anak-anak dah besar-besar.
Singgah ke rumah Opah. Alhamdulillah sempat melelapkan mata.
Bangsar - Beli barang dapur. Satu troli 250.
IPB Kg Pandan - Maghrib dan makan malam dengan adik. Kami berempat tidaklah selalu makan bersama, tambahn pula di luar - seronok pun ada. 32.
Kami singgah pasar malam pukul 10 di BKTBRTG. Ramai lagi orang waktu tu. Cuma beli barang basah, sayur.
Selepas hantar mereka berdua, saya meneruskan perjalanan ke KL. Singgah beli durian. 10. Bau semerbak. Penuh dalam kereta. Tapi sedap betul makan bersama orang tersayang.
Tengah malam. Buat kerja sampai pagi ahad.
Seronok?
Lebih berharga daripada apa yang saya berikan. Berbaloi.
Terima kasih.
Labels: Perancangan, planning, schedule, timetable


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home